hello world!

this blog is proudly created for the sake of my beloved students..
those who has any problem in their Bahasa Malaysia especially the essay part (Karangan Bahan Rangsangan + Karangan Umum) can simply step here, referring to the way i'm writing..
maybe can give u some idea or even maybe a guidance for u when i am away!

this blog is also meant as a reference for u - novel part! i realize sometimes the notes that have been given not being pasted in your book..so you can even read and perhaps print it out for your own good!

for the beginning i'm sorry should there be any lackness since this is the very 1st education-based blog...
and i'm very proud to announce, the idea came out when i am busy doing the PMR drilling with my 1st PMR babies...

*******************************************************

Sunday, August 22, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

BAHAGIAN A (ii)
PEMAHAMAN
Nota: 
Tiga soalan akan dikemukakan.
  1. Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isi petikan. Sila rujuk petikan untuk mendapatkan jawapan.
  2. Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir murid. Jawapan perlu munasabah.
  3. Markah yang diperuntukkan ialah 10 markah.


Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.

Soalan (i) adalah soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.
Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.

Soalan (ii) adalah soalan  pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4.Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut.
Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.
Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi
(2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

No comments:

Post a Comment