hello world!

this blog is proudly created for the sake of my beloved students..
those who has any problem in their Bahasa Malaysia especially the essay part (Karangan Bahan Rangsangan + Karangan Umum) can simply step here, referring to the way i'm writing..
maybe can give u some idea or even maybe a guidance for u when i am away!

this blog is also meant as a reference for u - novel part! i realize sometimes the notes that have been given not being pasted in your book..so you can even read and perhaps print it out for your own good!

for the beginning i'm sorry should there be any lackness since this is the very 1st education-based blog...
and i'm very proud to announce, the idea came out when i am busy doing the PMR drilling with my 1st PMR babies...

*******************************************************

Sunday, August 22, 2010

TEKNIK MERINGKASKAN PETIKAN (PMR)

BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN
TEKNIK MERINGKASKAN PETIKAN (PMR)
  1. Baca soalan yang diberikan dengan teliti dan fahami kata kunci yang diberikan. contohnya, punca, kesan,langkah dan sebagainya.
  2. Kemudian, baca petikan dengan teliti dan gariskan isi berdasarkan kata kunci yang diberikan.
  3. Sekurang-kurangnya 5 isi perlu ditulis mengikut susunan dalam petikan.
PERINGATAN: Jangan salin bulat-bulat setiap isi yang terdapat dalam                                                                                  petikan; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat                                                      dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong
  1. Mulakan ringkasan dengan kata kunci yang diberikan. Kemudian, masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ringkasan lebih gramatis.
    5.        Contohnya:
Antara punca gejala lepak ialah.........(jawapan 1)............................... Seterusnya, ............(jawapan 2) ...................... Selain itu, ...............(jawapan 3) ......... Di samping itu, .............(jawapan 4).................. Akhir sekali, ...................(jawapan 5)................
* Ditulis dalam satu perenggan sahaja

  1. Setiap ringkasan tidak perlu ada penutup.
  2. Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa. Jumlah perkataan perlu ditulis di bahagian kanan jawapan.
PERINGATAN:                Ringkasan tidak boleh lebih daripada 80 patah perkataan.                                                                          Sekiranya melebihi 80 patah kata, kata atau isi tersebut tidak akan                                                       dikira.
    8.        Cara pemarkahan :
Isi : 5 isi = 10 markah
Bahasa = 10 markah
Jumlah = 20 markah