BAHAGIAN A (ii)
PEMAHAMAN
Nota:
Tiga soalan akan dikemukakan.
- Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isi petikan. Sila rujuk petikan untuk mendapatkan jawapan.
- Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir murid. Jawapan perlu munasabah.
- Markah yang diperuntukkan ialah 10 markah.
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.
Soalan (i) adalah soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.
Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.
Soalan (ii) adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4.Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut.
Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.
Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi
(2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
No comments:
Post a Comment