BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN
TEKNIK MERINGKASKAN PETIKAN (PMR)
- Baca soalan yang diberikan dengan teliti dan fahami kata kunci yang diberikan. contohnya, punca, kesan,langkah dan sebagainya.
- Kemudian, baca petikan dengan teliti dan gariskan isi berdasarkan kata kunci yang diberikan.
- Sekurang-kurangnya 5 isi perlu ditulis mengikut susunan dalam petikan.
PERINGATAN: Jangan salin bulat-bulat setiap isi yang terdapat dalam petikan; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong
- Mulakan ringkasan dengan kata kunci yang diberikan. Kemudian, masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ringkasan lebih gramatis.
5. Contohnya:
Antara punca gejala lepak ialah.........(jawapan 1)............................... Seterusnya, ............(jawapan 2) ...................... Selain itu, ...............(jawapan 3) ......... Di samping itu, .............(jawapan 4).................. Akhir sekali, ...................(jawapan 5)................
* Ditulis dalam satu perenggan sahaja
* Ditulis dalam satu perenggan sahaja
- Setiap ringkasan tidak perlu ada penutup.
- Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa. Jumlah perkataan perlu ditulis di bahagian kanan jawapan.
PERINGATAN: Ringkasan tidak boleh lebih daripada 80 patah perkataan. Sekiranya melebihi 80 patah kata, kata atau isi tersebut tidak akan dikira.
8. Cara pemarkahan :
Isi : 5 isi = 10 markah
Bahasa = 10 markah
Jumlah = 20 markah
Isi : 5 isi = 10 markah
Bahasa = 10 markah
Jumlah = 20 markah